Thursday, October 21, 2010

scene 1

status : listening to mozart's


1000 jiwa, 1000 pengalaman

1000 rasa, 1000 perasaan

aku pulang bersama lelah, bersama juga harapan agar dapat melelapkan mata buat seketika sebelum masuk waktu zuhur.
kurang 1 jam terlelap, berdering alat telekomunikasi, terpapar nombor-nombor.

"siapa pula yang jadi gangguan kali ini.. " rungutku. memang kebiasaan aku tidak acuh jika bukan nama yang terpapar pada skrin alat ini. hatiku terdetik mungkin sesuatu yg penting memanggil. aku lalu menekan punat tertera 'answer'.

"ya Eizaz, keif?"
"alhamdulilah", jawabku dengan suara mengantuk.
"kunta naim wala shunu?" ya Allah.. Affan!
"aiwah, naim. da menu?", sengaja aku berlagak tidak acuh, ada sebabnya..
"Affan, Affan ma'ak. Ma'alesh ya Eizaz. ana fil jamiah"
"ma'ak aljihaz?"
"aiwah."

lantas aku tunjukkan caranya agar dia bisa sampai ke sini. beberapa hari yang lepas dia bertanyakan kalau-kalau aku masih punya ex-hardisk untuk dijual dan aku sendiri yang bersetuju untuk memberikan secara percuma. aku pinta agar dia membawa bersama komputer ribanya, aku mahu curahkan mana-mana ilmu yang ada. maklumlah dia kurang mahir bahasa inggeris berbanding bahasa fransa.

tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
lebih kita memberi, lebih kita akan diberi olehNya

janji yang aku beri aku kotai. Affan sampai dan aku menyambutnya dengan basahan tekak, pasti dia juga kelelahan. walau aku juga butuh istirehat, namun tetamu lebih penting. kedatangannya membawa rahmat. Affan berasal dari Comoros Island, suatu negara yang tidak zahir di peta dunia. berbeza dengan bangsa afrika yang lain, Affan sangat beradab dan pemalu. beberapa kali dia memohon maaf jika dia mengganggu tidurku.

aku masih ingat kata-kata Mama, "orang berbudi, kita berbahasa. di Syria tetamu disusun kasutnya, diberi yang baik-baik. adat orang arab memang indah"
Alang juga pernah berpesan, "kalau kita buat baik pada anak orang, kelak orang akan tolong anak kita"

persis kalam orang inggeris yang dipanggil 'karma'. ertinya baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.

urgh aku dah bosan sangat, saje recall balik ape yang dah jadi tempohari. :)

11 pandangan:

Atikah Adnan said...

Suka suka. buat baik dibalas baik, tp kalau dah pernah TERbuat jahat? maafkan je boleh tak? haha

eizaz said...

kalau TER wt kt org, hope die maafkan je la, huhu

syakira diyana said...

1st, aku bace dialog ko ckp arab tu aku ternganga kejap. haha.
2nd, ni ke rambut baru kau? mcm FT. =P

eizaz said...

kira, ahah.. tu xde pape pn.. bhase pasar org sudan. rambut aku mane ade same laa.. haha ni pn potg sndri tgok cermin, punyela susah

whiteraven said...

Eizaz.. T_T
letak la terjemahan ape yang kaw cakap tu. Faham la sket.

Ternganga je aku dengar. Haha..

eizaz said...

adibah, haha.. die mcm, hello, spe ni.. owh.. ko ktne?
haha lebih kurg cm 2 la..
eh ko leh dengar ke? :P

Itminaan90 said...

Salam alaik,

Wanna ask something, do the Sudanese’s speak fushah Arabic?

Wished I could speak kitchen Arabic too!

What's 'aiwah' by d way?

Itminaan90 said...

Salam alaik,

Wanna ask something, do the Sudanese’s speak fushah Arabic?

Wished I could speak kitchen Arabic too!

What's 'aiwah' by d way?

Itminaan90 said...

Salam alaik,

Do the Sudanese speak fushah Arabic?
Anyway, kitchen Arabic is nice also.
Wished I could speak the Sudanese slang..

eizaz said...

salam. sudanese actually have the closest language to fushah. its still not fushah. aiwah means yes :)

eizaz said...

salam. sudanese actually have the closest language to fushah. its still not fushah. aiwah means yes :)